Tentang HartanahBumi
Salam Hormat



Saya punya pandang sisi yang berbeda, saya merasakan tugas ini sebagai fardu kifayah buat saya untuk membantu hak-hak bumiputera khususnya orang Islam untuk memiliki rumah. Saya merasakan ia adalah satu keperluan untuk saya memberi didikan kepada mereka supaya mampu memiliki rumah dengan ilmu yang betul. Saya merasakan ia suatu keperluan supaya mereka tidak mendapat nasihat yang tidak tepat khususnya dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘broker’ dan ‘scammer’. Kita dapat lihat berapa ramai yang telah hilang duit deposit pembelian rumah disebabkan oleh penipuan yang berlaku. Berapa ramai yang tersilap langkah dan mengalami kerugian disebabkan tidak punya ilmu kewangan yang baik? Maka saya terpanggil untuk membetulkan keadaan ini.
Hubungi HartanahBumi.com
Jika anda mahu menghubungi hartanahbumi.com, klik sahaja button ini untuk whatsapp dan bertanyakan urusan anda.